Salam alayk. Okeh. Malam ni nak settlekan semua kerja2 untuk sem ni, tapi tetiba terkenang saat2 aktiviti dalam Kempen Gaza & Syria, we are together with you kat KUIS. Macam2 dah kami lalui sepanjang kempen ni.
Masa awal2 kempen dulu, kami tak terfikir nak susun barisan volunteers untuk kempen ni. Penat jugak laa kami, 14 orang berhempas-pulas menjayakan kempen sebelum ni. Tapi alhamdulillah, pada kami rasanya tercapai objektif kami. Ni objektif kami haa:-
- Membuka ruang kepada Mahasiswa KUIS untuk cakna terhadap keadaan saudara Islam kita di tempat lain.
- Mewujudkan kesedaran warga KUIS terhadap isu umat Islam yang ditindas melalui program-program yang disediakan.
- Memberikan gambaran yang jelas akan kepentingan kita sebagai umat Islam untuk terus memberikan sokongan tanpa henti kepada setiap negara Islam yang ditindas.
- Mengumpul dana untuk tabung kemanusiaan melibatkan negara-negara seperti Syria, Palestin & Mesir.
- Merapatkan ukhuwah antara warga KUIS melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanaan di bawah kesatuan umat Islam yang bertoleransi & bertanggungjawab.
Dan... untuk sem kali ini, Allah.. terkedu rasanya sebab baru kami sedar, ramai sebenarnya yang ingin bersama-sama kami menjayakan kempen ini... wuaaa.. T.T
Okeh.. gambar ni kann.. gambar masa kami kumpulkan volunteers dan pecahkan mereka kepada beberapa unit2 agar mereka dapat membantu kempen ni melalui perkara yang mereka nak. Ade 4 unit:-
- Unit i (penulisan, lukisan dan idea kreatif)
- Unit multimedia
- Unit penerangan
- Unit perancangan
Mereka ni akan sentiasa berkempen, sampai mereka keluar KUIS. Dan, setakat ni Alhamdulillah, komitmen yang mereka bagi amat baik dan amat membantu menjayakan kempen ni.. yeahh
Okeh.. rasanya tak masuk topik lagi ni.. hihi
Kenapa Gaza Syria?
Gaza sebenarnya adalah satu kota besar di Palestin dan dah macam2 krisis yang terjadi kat situ, bermula dari peristiwa Nakbah 15 Mei 1948 dek kerana perang arab-israel 1948 yang mana wujudnya Jalur Gaza atau Gaza Strip di Palestin. Lepas tu, ade perjanjian gencatan senjata 1949 dan lepas tu ade perang arab-israel 1967 atau perang enam hari masa israel kalahkan tentera mesir, yang mana masa ni israel dapat tawan beberapa tempat, antaranya Jalur Gaza ni. Lepas tu, masa 1993, israel dengan PLO tandatangan perjanjian Oslo. Masa ni israel berundur dari Gaza. So, sekarang ni dah banyak tempat israel tawan, dan sebolehnya dia nak tawan keseluruhan Palestin termasuk yg baki2 ni jugak.
Okeh. Dalam gambar ni, dia cakap Palestin adalah West Bank dan Gaza. Tapi sebenarnya, tengok ni..
Ni haa.. sikit2 dia amik.. So, seboleh mungkin kita pastikan Gaza dan tempat2 lain yang ade kat West bank tak jatuh ke tangan israel. Dan... matlamat kita tetap satu untuk isu ni. Untuk membebaskan Masjidil Aqsa yg terletak di Baitulmaqdis atau Jerusalem dan memang dari dulu jadi rebutan 3 agama. Masa Perang arab-israel 1948, Baitulmaqdis ni terpecah pada dua.
So, kita jaga Gaza baik2 supaya tak jatuh ke tangan israel dan berusaha dalam segala bentuk pertolongan yg kita mampu, untuk membebaskan kembali Al-Aqsa. Sape kata kita takleh bantu?? ni haa..
Dan banyak lagi NGO2 lain yang bantu. Apa lagi? Boleh buka web ni untuk tau lebih lanjut..
Syria... (jgn tertipu dengan bendera link wiki ni.. selalu orang keliru).. kita guna yg FSA kibarkan ni ye..
okeh.. isu Syria ni sebenarnya dah lama, sejak dari zaman Hafiz Assad lagi, bapak si Basyar tu..
konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka.
Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat.
Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan.
Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
panjang sebenarnya kalo nak cerita isu Gaza Syria ni..
Okeh.. ini pointnya. kita tengok sejarah sikit ek..
Sewaktu hayat Imaduddin Zinki (ayah Sultan Nurudin Mahmud Zinki), beliau berusaha habis-habisan untuk menakluki kota Damsyik (di Syria) yang diyakini sebagai ’kunci’ untuk merebut kembali Palestin.
( okeh, nampak sebab apa Syria..? )
Sultan Salahudin Al-Ayubi pula pernah berkata bahawa "Sesiapa Yang Menguasai Palestin, dia Menguasai Dunia".
( okeh.. ni pulak pasal Palestin)
..::Ini adalah target kita. Bukan kita melupakan saudara kita di tempat lain, tapi dengan target ini, kita mahu umat Islam seluruh dunia bebas dari penindasan dan penghinaan, tak kira kat mana2 pun::..
OKEH.. NI SATU CONTOH DARI MUSUH YANG KITA BOLEH AMBIL IKTIBAR...
Afonso D Albuqueque datang ke Tanah Melayu bukan semata-mata untuk takluk tanah melayu, tapi dia pernah berkata bahawa ini adalah jalan mereka untuk menakluk Mekah, Madinah dan Kaherah. Ini adalah target Alfonso..
( nampak? Target tinggi tu, nak takluk Mekah, tapi dia bermula dari tempat2 lain, sebab dia tahu kekuatan islam dulu ada gak kat tanah melayu.. tapi, target dia yg takleh blah tu )
Kita? Walaupun target untuk Gaza dan Syria, tapi kita takkan pernah lupa mereka di Mesir, Burma, Somalia, Libya, Iraq, Kasymir, Chechnya, Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Morocco, Yaman, Algeria, Sudan, dan diserata dunia. Di mana ada umat islam, di situ kita kena cakna!
Aqidah dan ukhuwwah islamiah menjangkau sempadan geografi.. Jangan lagi biarkan kita terhina di bumi sendiri (yg ni ade lagu kott)...
Tangisan selubungi alam
Kisah manusia yg terluka
Terhina di bumi sendiri
Kifarah terbiar dari Ilahi
Kisah manusia yg terluka
Terhina di bumi sendiri
Kifarah terbiar dari Ilahi
Hilang segala apa yg dibina
Kehancuran memusnah melata
Kehidupan insan tak bermaya
Kehancuran memusnah melata
Kehidupan insan tak bermaya
Dengan air mata
Sukar bertukar duka
Cahya harapan berubah gelita
Kepayahan hidup yg amat sengsara
Sukar bertukar duka
Cahya harapan berubah gelita
Kepayahan hidup yg amat sengsara
Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan
Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan
( Kasih sayang sesama insan )
Hulurkan bantuan
Kepada yang memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belah kasihan
Kepada yang memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belah kasihan
Semaikan benih keimanan
Agar ia tumbuh subur
Memayungi kita
Agar ia tumbuh subur
Memayungi kita
( kanak-kanak )
Sinar dan harapan
Pasti kan tiba
Menerangi hidup diri kita
Memerlukan pengorbanan semua
Sinar dan harapan
Pasti kan tiba
Menerangi hidup diri kita
Memerlukan pengorbanan semua
Masa hadapan yg kita impikan
Dunia yg penuh ceria
Hidup aman sentosa
Bahagia
Dunia yg penuh ceria
Hidup aman sentosa
Bahagia
( korus )
Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan
Keamanan, Kedamaian, Keharmonian
Dan Kasih sayang
Harapan dalam kehidupan
Setiap insan
Hulurkan bantuan
Kepada yg memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belah kasihan
Kepada yg memerlukan
Perhatian dan Pembelaan
Belah kasihan
Hentikan sengketa
Hilangkanlah penderitaan
Kita sesama manusia
Bersaudara
Hilangkanlah penderitaan
Kita sesama manusia
Bersaudara
*Untuk kempen ni, dah ade beberapa aktiviti yang kita buat, antaranya:
- Flashmob (di depan 1st cafe, di dataran masjid, di luar dataran masjid, di astaka masa perasmian ekstivel, di belakang astaka masa penutup ekstivel, di auditorium pentadbiran KUIS, di pasar kat vista dan semasa konsert pray 4 bersama bro Muadz di atas pentas.
- Perkongsian dan ceramah (tentang Palestin, Syria Mesir, Rohingya dll)
- Himpunan dan speaker corner (kat depan masjid, biasanya lepas solat jumaat)
- Join himpunan bantah kudeta di kedutaan Mesir
- Gathering volunteers utk cerita gerak kerja dan kongsi maklumat
GAMBARNYA BANYAK SANGAT.. SO, TENGOK LAA LINK FB NI.. TEKAN SINI
hmm.. sebenarnya, untuk nama kempen ni, pada masa akan datang kami masih lagi berbincang. Sama ada nak guna nama Kempen Gaza & Syria, we are together with you atau nak tukar kepada nama lain..
Hmm.. ade cadangan tak kalo nak ubah nama kempen ni? anyone?
Kalo ade, boleh maklumkan pada kami ye, mungkin lebih baik dan sesuai. kbai.. Wasalam ^_^